Anda Pedagang dan Pelabur Saham? Namun… Dilanda Kerugian?
Sukar Bertemu Saham Yang Sesuai?
Atau… Andalah Pelabur Hensem tetapi Malang?
Mungkin…
Sudah Menjadi Pedagang dan Pelabur Saham Berilmu? Tapi Tak Memiliki Sistem Scanner Saham Sendiri? Boleh Jadi…Tetap Rugi Sedangkan Ada Scanner Saham?

 

Ada BERITA BAIK!

Luangkan sedikit masa anda.

Setiap ilmu rahsia adalah bagaikan sekeping puzzle. Setiap teknik rahsia juga adalah bagaikan sekeping puzzle. Jika anda telah memperolehi semua ilmu dan teknik rahsia lebih dari satu sumber, anda seumpama telah berjaya mencantumkan semua kepingan puzzle-puzzle itu untuk mendapatkan satu gambaran yang lebih lengkap dalam memahami RAHSIA SAHAM.

 

Memperkenalkan

2 Naskah ‘Rare’ Di Pasaran

Saham Itu Seni Duit 1 & 2 

Jom Tengok TESTIMONI!

Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T kerana telah memberikan saya kekuatan dan kesempatan untuk menyiapkan naskah ebook Saham itu Seni Duit – Jangan Kata Saham Susah dan Saham itu Seni Duit 2 – Scanner Saham Bantu Anda.

Jika tidak takut mencuba dalam saham, anda dan keuntungan bagaikan ‘isi dengan kuku’. Ini adalah kerana saham adalah satu perdagangan jangkaan kebarangkalian dan bukanlah kepastian.

Tak semua teknik serasi dengan kita, kekadang hajat hati nak jadi DAILY TRADER, tapi tak sesuai maka pilihlah WEEKLY TRADER. Kekadang kita teruja UNTUNG BERLIPAT GANDA dalam masa yang sama spesis jenis BORING menunggu maka LONG TERM TRADER tidak secocok dengan kita.

Kekadang jua kita nak INVEST ala-ala Warren Buffet.. BUY & HOLD 10 tahun… tahun ke 9 memang naik gila-gila tahun ke 10 tetiba GAP DOWN tinggal harga asal!… Macam saya suka ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ tapi ada golongan yang sukakan cabaran ‘bukit-bukit SEKALI DROP terus sakit’.

Mungkin kita terliur dengan PENNY STOCKS tapi dalam 10 kali TRADE modal pun tinggai duit syiling jer maka kena terimalah hakikat FUNDAMENTAL STOCKS adalah jodoh kita.

Sekiranya anda mencuba lebih banyak teknik perdagangan yang berlainan, kebarangkalian salah satu daripada teknik tersebut yang serasi dengan anda untuk menghasilkan keuntungan adalah tinggi. Tetapi, sekiranya anda hanya mencuba teknik sedia ada, jika selalu rugi kebarangkalian sentiasa rugi lagi tinggi.

Andainya anda telah mengetahui pelbagai teknik perdagangan saham dan kini dibantu oleh komputer yang tiada emosi, kebarangkalian untuk anda untung berterusan tinggi!


Makluman: 2 naskah judul ini adalah merupakan ebook (electronic book), ianya adalah softcopy berformat PDF manakala litar-litar pengimbas atau kalkulator yang disertakan adalah softcopy dalam format zip file. Setiap litar-litar pengimbas ataupun kalkulator saham anda hanya compitable dengan operating system Windows. Apabila anda membeli ebook ini beserta bonus, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu muat turun ia ke PC anda. TIADA buku fizikal atau CD yang akan di POS ke alamat rumah anda. Setiap fail digital itu dibenarkan muat turun HANYA SEKALI SAHAJA. Sila PASTIKAN LOKASI PENYIMPANAN anda di dalam PC sebelum muat turun. WARNING: Muat turun HANYA menggunakan Direct Download (Download Biasa)  dan bukan menggunakan IDM dan sebagainya.

Saham Itu Seni Duit – Jangan Kata Saham Susah

Seringkali ramai pedagang dan pelabur saham mendengar ungkapan ‘dengan teknik saham yang betul sesiapa sahaja boleh buat duit berkepuk dengan saham’ tetapi dalam masa yang sama sangat berkeberatan untuk menceritakannya.

Selain itu terlalu banyak penggunaan indikator dan cara pembacaan carta yang terlalu advance serta hanya sesuai untuk pelaburan saham jangka panjang amat merumitkan pedagang dan pelabur saham.

Perlu difahami tujuan sebenar pemilikan dan pembelian saham adalah supaya rakyat dapat berkongsi kekayaan dan keuntungan dengan syarikat yang mengeluarkan unit-unit saham itu. Tetapi disebabkan tiadanya teknik dan ilmu pengetahuan saham yang mencukupi akhirnya yang untung pun tak dapat yang dilabur semua berterabur.

Ketika ramai pelabur dan pedagang asing berbondong-bondong melabur dan berdagang saham di Malaysia melalui negara mereka lalu memperolehi keuntungan yang lumayan hasil negara ini alih-alih kita sebagai rakyat negara sendiri pula yang selalu rugi. Pedagang negara asing meraih keuntungan sedangkan kita pedagang tempatan meraut kedukaan.

Naskah ebook SiSD akan memberikan penjelasan kepada anda mengenai saham serta teknik-teknik perdagangan dan pelaburan yang menjadi impian anda.

Dapatkan Preview Percuma Bab 1 & Bab 2 naskah SiSD anda!

Nama anda (wajib)

Alamat emel (wajib)

Ciri-ciri kandungan Saham itu Seni Duit – Jangan Kata Saham Susah (149 halaman)

  • Sesuai untuk semua golongan pedagang dan pelabur saham terutamanya yang sering rugi berbanding untung.
  • Ebook ini akan memfokuskan analisa teknikal seperti pembacaan carta cara mudah iaitu candlestick yang merupakan SATU KEMESTIAN bagi semua pedagang dan pelabur saham, MA, MACD, MFI, RSI dan CCI bersama custom settingnya serta penggabungan indikator-indikator ini sebagai teknik untuk mencari saham yang berpotensi dalam menjana keuntungan.
  • Semua carta saham di dalam naskah ebook ini akan menggunakan carta yang menjadi kegilaan para pedagang dan pelabur saham iaitu ChartNexus. (dengan keizinan)
  • Teknik-teknik mencari keuntungan anda yang singkat insyaAllah sekitar 1-20 hari perdagangan saham akan dijelaskan di dalam ebook ini.
  • Paling utama ebook ini akan menghuraikan mengenai kepentingan pembacaan volume sebagai kunci rahsia supaya anda dapat berdagang mengikut pergerakan yang betul.
  • Penjelasan terperinci mengenai kitaran saham dan seni-seni saham serta keuntungan ilmu ini.
  • Dipenuhi dengan puluhan strategi perdagangan saham sama ada secara langsung atau tidak.

Dapatkan Preview Percuma Bab 1 & Bab 2 naskah ebook SiSD Anda!

Nama anda (wajib)

Alamat emel (wajib)

Saham Itu Seni Duit 2 – Scanner Saham Bantu Anda

Adalah menjadi satu misteri dan impian bagi pedagang dan pelabur saham untuk mengetahui cara memilih saham-saham berpotensi dengan teknik yang sangat singkat dan mempunyai ketepatan yang tinggi.

Pastinya semua pedagang dan pelabur menghadapi masalah kelapangan masa serta mustahil dalam menganalisa ribuan saham-saham yang sedang diniagakan.

Jika anda pernah dengar istilah biar duit bekerja untuk kita, kini biar scanner dahulu bekerja untuk kita dalam mencari duit, kemudian biarlah duit bekerja untuk kita.

Ramai di kalangan pembaca tidak pernah tahu wujudnya sistem JStock scanner untuk saham. Manakala yang tahu wujudnya perisian ini tidak mempunyai kebolehan dan pengetahuan untuk membina litarnya.

Jika melanggan perisian scanner yang lain maka adanya kos akan dikenakan. Ada sistem scanner yang memerlukan bayaran setiap tahun untuk melangganinya dan ada perisian yang memerlukan EOD setiap bulan dengan kadar yang berpatutan. Walaupun ada yang telah tahu JStock adalah satu perisian percuma tetapi sangat sedikit yang tahu menggunakannya.

Dapatkan Preview Percuma Bab 1 naskah ebook SiSD2 Anda!

Nama anda (wajib)

Alamat emel (wajib)

 

Ciri-ciri kandungan Saham itu Seni Duit 2 – Scanner Saham Bantu Anda (190 halaman)

  • Sangat sesuai bagi pedagang dan pelabur saham yang telah mempunyai kombinasi-kombinasi gabungan indikator serta teknik tertentu tetapi tidak pernah mempunyai scanner saham atau tidak tahu membina litarnya.
  • Kandungan dalam naskah ebook ini akan menerangkan dari A-Z cara membina litar indikator anda secara custom (bukan litar yang sedia ada di dalam perisian JStock) dan pengunaan panel-panel atau ikon tertentu. (hanya untuk pembinaan litar tetapi tidak menerangkan fungsi lain seperti portfolio Mangement, Currency Exchange dan sebagainya)
  • JStock adalah satu perisian scanner yang percuma tanpa memerlukan sebarang caj dan sangat mesra pengguna. Cara untuk mendapatkan perisian applikasi ini juga boleh didapati di dalam ebook ini.
  • Naskah ebook ini pasti akan menerangkan kaedah dan memberi idea untuk anda membina sendiri litar untuk teknik-teknik rahsia kombinasi Moving Average anda. (Perlu diketahui tidak ramai yang tahu cara untuk membina litar secara custom untuk mengimbas persilangan kombinasi di antara 2 Moving Average dengan perisian JStock)
  • Disertakan dalam naskah ebook ini teknik-teknik mengimbas saham yang mempunyai potensi keuntungan tinggi bersama risiko yang rendah bersama teknik berdagang secara harmoni tanpa melawan arus berdasarkan kesemua sektor-sektor saham yang wujud di pasaran.

Dapatkan Preview Percuma Bab 1 naskah ebook SiSD2 Anda!

Nama anda (wajib)

Alamat emel (wajib)

 

Siapa Penulis Ebook Ini?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama pena saya ialah Saadnudin Syawal. Nama sebenar bunyinya kebetulan macam SiSD la pulak! Maafkan saya kerana isteri saya yang beria-ia menyuruh saya memasukkan gambar anak kami bersama…sebagai daya penarik katanya. (mandrem??) Mungkin maksud sebenar dia adalah wajah saya yang tak menarik! Entahlah…

Saya merupakan seorang pensyarah komputer di sebuah institut pengajian dan pernah terlibat di dalam kajian saham sebagai projek tahun akhir saya semasa melanjutkan pelajaran dahulu. Untuk itu, saya telah menghabiskan masa 2 tahun lebih untuk mengkaji pergerakan dan corak pasaran di Malaysia serta perlu mengikuti pelbagai kursus-kursus mengenai saham.

Selain itu saya juga telah terlibat dalam dunia saham semenjak 2007 dan ebook ini sebenarnya merupakan tapisan ilmu dan teknik yang penting hasil kajian dari pengalaman sendiri serta jatuh bangun saya dalam dunia saham selama hampir 8 tahun yang dirangkumkan sekaligus dalam kedua naskah ebook ini.

Idea untuk menghasilkan ebook SiSD ini datang setelah ramai kenalan termasuklah lebih ramai yang tidak dikenali sering datang berkunjung ke rumah untuk mempelajari sedikit sebanyak ilmu mengenai saham yang kadangkala berlarutan sehingga ke tengah malam. Maklumlah kerjaya saya sebagai pensyarah, maka bab mengajar apa yang kita tahu dan minat mestilah tiada masalah.

Manakala idea untuk menghasilkan satu sistem litar scanner datang apabila saya telah tamat pengajian dan kembali bekerja lalu telah menjadi sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab dalam rutin seharian. Mana mungkin mempunyai kesempatan masa dalam mencari saham yang memenuhi syarat teknik saya dalam 1001 ++ kaunter saham itu.

Selain itu, seringkali saya terbaca persoalan dari ramai pedagang dan pelabur saham mengenai cara menggunakan dan lebih-lebih lagi membina litar dalam perisian JStock yang hebat ini sama ada di dalam FB atau forum-forum saham. Ramai yang tidak mengetahui sejauh mana abiliti sebenar perisian JStock ini. Naskah ebook SiSD2 inilah jawapannya!

Jadi dengan adanya sistem scanner siapa pun pasti mempunyai masa. Waktu malam scanning dan jika ada kelapangan bolehlah membuat perdagangan atau perlaburan saham secara sambilan tambahan pula kini telah wujudnya sistem automatik transaksi perdagangan saham iaitu Good Till Date (GTD). Dengan adanya scanner saham dan sistem GTD pastinya saham tidak akan menggangu tugas dan kerjaya anda! Bahkan anda juga dapat melakukan transaksi pembelian dan penjualan saham di waktu malam.

Berapa Harga Ebook Ini?

Saya menetapkan harga ebook ini pada harga RM 80 sahaja untuk naskah SiSD dan RM 100 sahaja untuk naskah SiSD2. Bayar sekali tapi guna bertahun.

Pada pandangan saya harga itu adalah terlalu okay jika hendak dibandingkan dengan keuntungan yang bakal anda perolehi hasil daripada menggunakan teknik dan gaya yang akan diajarkan di dalam ebook-ebook ini. Anda juga tak perlu lagi memeras otak dalam memikirkan idea untuk membina litar scanner anda.

Bajet Ciput Tapi Nak Scanner?

Anda hanya perlu mendapatkan pakej biasa SiSD2 sahaja kerana naskah ebook ini akan memberi 3 teknik membina  litar untuk kombinasi dari gabungan Moving Average dan disertakan 3 ready made circuits scanner yang tidak ternilai untuk anda menjadikan jumlahnya 6. Manakala anda boleh sendiri membina litar-litar lain mengikut teknik rahsia anda berdasarkan panduan yang akan diajarkan di dalamnya.

Jangan Bayar Lebih!

Pakej eksklusif pula yang mengandungi litar-litar lebih kompleks dan dijual hanya untuk golongan yang apa nak buat memang sudah kalah angin dengan komputer. Sebut saja mengenai design by computer terus jadi mengantuk!

Walaupun begitu mungkin mereka akan tersenyum selepas memilikinya dan bersyukur kerana kurangnya pengetahuan mengenai komputer. Orang yang selagi kata tau selagi itulah nak cuba try test tengok…. Orang yang tak tau pastilah beli yang ready made sahaja.

Fikir Dahulu…

Saya tidak tahu untuk nyatakan nilai litar-litar sistem scanner itu kerana jika anda bermodalkan RM 2,000 mungkin litar sistem scanner ini akan menyelamatkan ratusan ringgit wang anda atau menjana ratusan ringgit keuntungan pada anda.

Jika anda bermodalkan RM 20,000 mungkin ianya ini akan menyelamatkan ribuan ringgit wang anda atau menjana ribuan ringgit keuntungan pada anda.

Tapi gunakanlah dengan cara yang betul dan pada masa yang betul serta pada sektor yang betul sebagaimana diterangkan dalam SiSD2 itu.

Perlu faham jika ia mungkin hanya menyelamatkan ribuan ringgit wang anda dari rugi, secara tidak langsung anda telahpun untung sebenarnya.

Fikirlah Lagi…

Mana tahu, mungkin setelah anda memperolehi idea dari SiSD2 maka anda sudah boleh membina sendiri siri-siri litar scanner saham yang lagi power dan terlajak accurate! Kadang-kadang idea seterusnya lebih bermutu dalam penambahbaikan berbanding idea asal.

Nanti hadiahkan pada saya secara percuma sebagaimana saya sudah hadiahkan anda 3 litar secara percuma!

Kenapa Masih Fikir?

Mungkin anda rasa nilai RM 80 adalah besar dan RM 100 lagilah besar serta akan membazirkan wang anda begitu sahaja…..

Biar puas hati rugi segalanya dalam pelaburan saham asalkan tidak perlu membayar apa-apa untuk pelaburan ilmu.

Hilang beribu-ribu ringgit merupakan ‘alah bisa tegal biasa saja‘.

Kalau anda rasa kena berjaya… dapatkan ebook ini sekarang.

Jika kata mahalnya ilmu (Alaa..malu-malu kucing nii)…. takut bukan ebook seperti diharapkan (Dah download preview?)….Bayar only by Paypal la..(laa…register Paypal tu kan free?)…penulis nie Trader Planet mana tah? Dah la hidung macam Bangla la..(Haa..mengata orang)…tak sebut langsung untung 6-7 angka la (Psst! Tumpang tanya…modal tu cadang-cadang angka berapa?)…Duit tu memang saya ada tapi cadang nak beli anak Kucing Parsi la… (Mak Aihh! Kewujudan alasan ciptaan..tadi malu kucing… sekarang… anak kucing teruih!)….apa-apa saja la…

Semua tak mau habih cita la…. punya ramai sifu-sifu saham sampai lenguh lutut jelajah Malaysia buat seminar saham tak mau pi… golongan genius pulun buat software saham tak mau guna…. buku-buku saham ada banyak tak mau pi beli….tak larat…ebook-ebook saham online jer beli pun tak mau gakTAPI UNTUNG MAU…pelakon drama Korea pun menangis kalah penonton cam ni!

Okay takpa…. alasan yang berjaya, bukan anda…. nama pun ebook saham, jadi sifatnya sebijik macam saham la…disaat anda takut dan tak berminat, sebenarnya pasti ada golongan smart money yang menjadi pembelinya… bila anda nak beli harga mungkin telah dinaikkan… paling seronok apabila ianya tiba-tiba DELISTED (JUALAN DITUTUP!)

Biarlah Lupa…

Kata nak berjaya kan? Tiada siapa boleh paksa anda dalam dunia saham… Anda yang tentukan ikhtiar kejayaan anda di dalam arena ini… Tujuan naskah-naskah ebook ini dihasilkan pun… kot-kot anda nak side income sikit-sikit dalam saham..

Tidak dapat dinafikan memang ada TEKNIK PERCUMA dalam saham iaitu TRY & ERROR tapi semua tahu ERROR lah keputusannya….ditambah bonus KERUGIAN PERCUMA!

Jika setiap kali anda nak sangat rugi 10%, anda hanya akan ada peluang 10 kali trade saja untuk total loss! Jika setiap kali anda hanya nak untung sikit 10%, anda perlu 10 kali trade saja untuk double your capitals! Biar modal susah dapat anda dijanakan!

Tahniah!

Untuk anda yang dah membaca sampai sini, jumpa anda di halaman berikutnya… Siapa yang membaca tetapi tanpa tindakan pelaburan ilmu sama sahaja seperti sia-sia dalam pelaburan masa

Perlu diketahui seminggu terlewat dalam pelaburan Bursa Malaysia jika tahu tekniknya bagaikan terlewat setahun dalam lain-lain pelaburan.

Siapa yang teringin nak berjaya boleh saja klik-klik kat bawah tuu…

Hanya RM 80 Untuk Teknik TERLAJAK UNTUNG Anda di Pasaran Saham!

Order Sekarang

Hanya RM 100 Untuk Teknik MAHARAJA UNTUNG Anda di Pasaran Saham!

Order Sekarang

Makluman: 2 naskah judul ini adalah merupakan ebook (electronic book), ianya adalah softcopy berformat PDF manakala litar-litar pengimbas atau kalkulator yang disertakan adalah softcopy dalam format zip file. Setiap litar-litar pengimbas ataupun kalkulator saham anda hanya compitable dengan operating system Windows. Apabila anda membeli ebook ini beserta bonus, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu muat turun ia ke PC anda. TIADA buku fizikal atau CD yang akan di POS ke alamat rumah anda. Setiap fail digital itu dibenarkan muat turun HANYA SEKALI SAHAJA. Sila PASTIKAN LOKASI PENYIMPANAN anda di dalam PC sebelum muat turun. WARNING: Muat turun HANYA menggunakan Direct Download (Download Biasa) dan bukan menggunakan IDM dan sebagainya.

Jaminan Pulangan Wang!

Anda boleh kaji semua teknik-teknik atau litar-litar scanner ini selama 30 hari, dimana anda boleh cuba berurusniaga sendiri di atas kertas (paper trade) selama tempoh tersebut untuk memastikan apa yang terkandung di dalam naskah-naskah ebook ini betul atau ilusi…

Jika anda masih juga tidak berpuas hati, maka saya akan pulangkan kembali wang pembelian naskah ebook anda 100% dan anda boleh delete ebook-ebook berkenaan berserta bonus-bonusnya sekali. (Simpan dan baca semula secara sorok-sorok itu tak aci! Lebih-lebih lagi guna litar scanner yang dihadiahkan secara percuma, itu tidak patut sangat namanya. Berjaya biarlah dengan cara yang betul.)

‘Bersama Memakmurkan Bursa Malaysia’

Mungkinkah Anda Pedagang Saham Profesional Senyap Seterusnya?

‘Pelaburan Ilmu Anda Adalah Insuran Pelaburan Saham’

Yang Benar,
Saadnudin Syawal
BSC. (ENG) OF COMPUTER ENGINEERING (HONS)

Hubungi: sahamituseniduit@gmail.com

FB Page: www.facebook.com/SiSD1n2/

P/s: Sekalung budi dan jutaan terima kasih kepada pembangun perisian JStock, pihak ChartNexus dan i3investor kerana telah memberikan keizinan dan kebenaran dalam penghasilan naskah-naskah ebook ini.

P/p/s: Setiap item pembelian yang anda dibenarkan muat turun HANYA SEKALI SAHAJA . Sila PASTIKAN LOKASI PENYIMPANAN fail-fail digital anda. Pembelian secara BANK-IN boleh hubungi sahamituseniduit@gmail.com .

WARNING: Muat turun HANYA menggunakan Direct Download (Download Biasa)  dan bukan menggunakan IDM dan sebagainya.

P/p/p/s: Kepada para pembeli saya dahulukan akad “Saya jual segala item berdasarkan pembelian pakej anda sebanyak harga yang tersebut.”

DAPATKAN NASKAH EBOOK ANDA YANG ORIGINAL

  • Dikhuatiri isi kandungannya telah diubahsuai
  • Dikhuatiri litar-litar scanner telah dimodifikasi semula untuk tujuan tertentu
  • Bersama membanteras jenayah harta intelek

      Rekabentuk kulit ebuku: www.coverebookmurah.com

      Diterbitkan dan diedarkan oleh: Truth Digital Enterprise (KC0028605-K)